Response...Age?? Marriage??
Salam...hyee...its 2.42 am
today..hurmm .. i mean yesterday 5/5/2012, my schedule was super packed! but i did enjoy the day till nite... thanks peeps..
senang rasanya lagi tuk becakap dalam bahasa melayu..yarr respon kepada setiap perlakuan atau pertanyaan oleh porang sekeliling..itu la yang hendak dibualkan.. :)
okay begini ceritanya..
tidak dapat disangkalkan dalam umur yang semakin meningkat..yaaa meningkat i mean semakin tua..but to me tiada apa dengan umur itu..walaupun kita tua belum tentu amal ibadat itu cukup, dan juga walaupun kita muda sekalipun belum tentu kita tidak dipanggil oleh Maha Pencipta untuk menghadapnya...
tiada apa dengan umur itu..yang muda pun belum tentu sempat mengjakau usia tuanya, jika ajalnya telah tiba..
dan yang tua jika masih tiada iman , ilmu agama, amal ibadat yang cukup di dunia ini umpama orang kata hidup itu adalah sia-sia...
jadi sesetengah masyarakat yang mengambil hal umur adalah sesuatu isu yang sangat sensitif, bagi saya tidak perlu begitu sekali..kerana hidup, ajal, jodoh semuanya itu di tangan tuhan...sesungguhnya rezeki kita di bumi ini pu kurniaNya..
Selain dari itu, bila sentuh bab umur pasti masyarakat kita tidak lain tidak bukan bagi yang masih bujang, jika umur sudah menjangkau 20 lebih..selalunya dalam lingkuangan masa sekarang bila umur mencapai 25 tahun itu bila belum berpasangan mesti ada yang menyentuh isu..bila lagi ni?? tak akan nak tunggu sampai jadi bujang telajak?? or anak dara tua?? . respon terhadap soalan begitu sangat mudah sebenarnya..tak perlulah kita nak malu ke jika yang di luar itu belum ada berpasangan...mungkin belum tia serunya lagi..Tuhan itu Maha Adil, kerana yang bakal kita temui nanti suatu hari adalah yang terbaik buat kita..
Begitu juga, mungkin di antara kita , yang tidak mahu berpasangan sekian lama, adalah disebabkan perasaan frust yang di alami dahulu oleh bekas kekasih kita yang dahulu (ex-bf/gf) dan oleh kerana itu lah kita menjadi seorang yang takut, dan tidak berani untuk menemui seseorang yang baru, kita mengalami suatu perasaan di mana tidak mahu perkara yang sama berulang lagi...
Manakala, bagi yang telah kecewa juga mungkin selepas itu , menemui seseorang yang rapat yang mungkin berkenan di hati, dan masing2 mempunyai rasa perasaan yang sama, tetapi terasa diri tidak sesuai dengan orang itu atau takut perkara yang membuat kecewa itu kembali...
Perkara sebegini sentiasa berlaku di sekeliling kita, oleh itu cara yang paling senang dalam memberi respon terhadap perkara ini, adalah dengan cuba sebaik mungkin mengenali seseorang itu , dalam erti kata lain, tidak perlu diteruskan dengan niat di hati itu untuk bercintan cintun, tetapkan dalam hati..banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T jika dia-lah orangnya, buka pintu hatiku dan beri keberkatan kepada hubungan tersebut dengan niat awal-nya biarlah dalam sessi mengenal hati budi itu dalam ikatan yang dinamakan sahabat..ini kerana jika dalam ikatan sahabat itu, jika-lah seseorang yang kita rapat itu, atau orang yang kita minati itu mempunyai seseorang yang lain , mungkin dari istilah sahabat itu juga-lah kita dapat kuat hati dan minda kita supaya dapat menyokong dia bersama orang dia suka/minat/sayang itu dengan buang rasa kecewa.Tidak dinafikan rasa kecewa itu pasti ada walaupun sedikit, tetapi Insyallah ia tidaklah seteruk jika di antara kita dan si dia menjadi pasangan 'couple',kerana perasaan apabila 'couple' ini seolah memainkan sesuatu perasaan yang tidak dapat dieksprasikan tetapi bila sakit kecewa pun masih tidak dapat diungkapan dan ia sangat tidak baik kepada kesihatan individu itu.Mengikut kajian jika kita bermuram, badan akan menjadi tidak sihat , ini keran telah diserap oleh aura-aura gelap disekeliling kita.
Dengan kata lain, jika kita bersahabat dengan seseorang itu, jika sesuatu yang mengecewa itu berlaku, InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T , adalah lebih cepat la lagi kita cuba melupakan orang tersebut dan disebalik itu cuba berbanyakkan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan, ini adalah supaya kita lagi cepat melupakan segalanya dan dengan badan yang sihat, semua aura-aura cerah/ceria akan menghampiri tubuh badan dan kita akan berada di paras hidup sihat dan ceria :)
Oleh itu, dengan apa yang tertulis dia atas ini, jika di usia begini jika ada yang bertanya bila lagi...?? tak kan setakat nak menghadiri semua upacara perkahwinan,pernikahan, pertunangan kawan-kawan sahaja??? saya sentiasa menjawab, jodoh itu tidak ke mana, jika ada, ada la..InsyaAllah semua itu atas izin Allah, yang baik itu semuanya datang dariNya..(tidak dinafikan kita juga perlu mencari, allah yang tentukan...)
Akhir kata, yaaaaa tak sangka boleh kuarkan entri ni kan..huhu.. =.=''
saya doakan yang terbaik yang telah mendirikan rumah tangga, dan bakal mendirikan masjid itu..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
Waalaikummusalam w.b.t
W.N.A.Y
Comments
Post a Comment