Harimau Malaya vs Singa-pura

hey
my last post about Chelsea vs Msia and it's all about the friendship match but here we go...
HARIMAU MALAYA TIME!

perlawanan antara dua negara jiran yang dikatakan perlawanan tumbak balik diantar Malaysia yang skuadnya sudah pasti dikenali sebagai Harimau Malaya dan Singapura which i'm not sure what should we called the squad as almost all the players are import players

perlawanan yang berlangsung pada 28/7/2011 ini bakal mencatat sejarah kerana ia adalah perlawanan untuk kelayakan anatara dua pasukan ini. dan hanya satu akan terpilih untuk melayakkan diri ke World Cup 2014

gelagat salah seorang penyokong Harimau Malaya di atas pagar mengibarkan bendera Harimau Malaya bertulis jawi
emasa perlawan antara 2 negara jiran ini di Singapura, pasukan Harimau Malaya memang dapat dilinat dari kaca televisyen bahawa mereka banyak terkena tekanan daripada penyokong Singapura yang banyak mem-BOO pasukan Harimau tetapi berlainan apabila perlawan berlangsung di Stadium Bukit Jalil di Malaysia dimana penyokong negara ini telah bersedia untuk menandingi sorakan dari penyokong Singapura selepas beberapa kejadian yang kurang enak dilihat.
saya yang telah menghadirkan diri ke perlawanan tersebut memang cukup semangat ! OH NEGARAKU TANAH TUMPAH DARAHKU! semangat yang berkobar-kobar tu memang sangat sebati.semasa berada di Stadium Bukit Jalil itu , perasaaan rasa terharu juga terkesima dengan gelagat penyokong tanah air , dan ia memang jauh sekali aksi-aksi mereka dari perlawanan persahabatan di anatra Chelsea yang lalu.

para penyokong yang dijangka 80 000 telah menjangkau 85 000 apabila sebanyak 5 000 tiket extra telah diberikan tetapi jangkaan tersebut telah mencecah 90 000 orang penyokong! bayangkan lah 1 stadium tersebut dengan suara sorokan anak-anak jati Malaysia dan tidak dicampur ada yang turut serta bangsa luar juga yang menyokong dan memakai baju Team Malaya, memang tersangat terharu. 

Apabila sessi memanaskan badan anatara dua pasukan satu stadium bersorak dengan gemilangnya, saya tak tahu la kalu kat rumah yang menontonnya macam mana pulak kan, tetapi itulah bila pasukan pihak lawan muncul dan hanya boleh diannggar bahawa penyokong pasukan lawan hanya di suatu sudut stadium yang sangat di-BOO balik oleh penyokong Harimau Malaya berikutan dengan kejadian yang berlaku di Singapura, tidak cukup dengan BOO, mereka juga mengenakan kata-kata seperti Loser kepada pasukan tesebut namun mainan psychology yang dikenakan oleh penyokong tuan rumah sedikit tidak meruntuhkan semangat Singa pura-pura itu keran di sebalik nya players mereka yang bermain pschology terhadapa pasukan tuan rumah di atas padang di mana banyak aksi-aksi jatuh tergolek dog dipertontonkan. \

semasa di Singapura, pemain Malaysia berjaya juga mengejar mata sehiingga 5-3 dari saat 2-4 tetapi malaysia kecundang juga , tetapi semasa menjadi tuan rumah Malaysia berjaya majaringkan gol pertama pada masa ke-dua namun semangat kental si singa pura-pura berjaya menjaringkan gol mereka dengan mencatat 1 -1 dan agreget antara pasukan keseluruhan menjadi 6-4 di mana Pasukan Harimau Malaya itu kecundang di tangan Singa-pura-pura itu. Walaupun mereka kecundang namun semua penonton juga penyokong di stadium tahu akan sebabnya dan kecundangan mereka di tangan Singa itu tetap menjadi suatu pembakar semangat kepada pasukan negara dan mereka kalah BERMARUAH. Khairul Fahmi sangat tangkas! syabas!

ya memang di stadium rasa sebak sedih selepas melihat sendiri perlawanan tersebut aishhh, emotional tau! ;(
itulah dia , semasa di stadium saat-saat gemilang yang terharunya pabila semangat semua bangsa-bangsa Malaysia dengan bannganya menyanyi lagu Negeraku juga Melaungkan sorakan kepada skuad negara :)

habisnya, perlawanan tersebut...bayangkan 90 000 orang manusia berpusu-pusu  keluar dari stadium fuishhh memang sesak okeh! sehingga ade seginlintir yang mengalami masalah pernafasan, yang paling menggamit perasaan saya apabila , bantuan yang diminta tiada dan tiada laluan alternatif yang  disediakan oleh pihak berkuasa untuk membawa mangsa keluar dari kawasan perkarangan luar stadium kerana laluan orang ramai dan juga kereta bantuan adalah satu laluan yang sama. di belakang saya ada seorang warga asing mat salleh ni hampir pengsan saya yang telah mencari n menjerit bantuan medic tidak dapat dan bernasib baik lagi  lah antara 90 000 manusia itu hanya segelintir b, boleh di kira dengan jari lah yang dapat memeberi batuan.sangat sedih apabila yang lain memetingkan diri sendiri , melihat dan ade yang boleh berjenaka akan kejadian tersebut. mamat mat salleh itu selepas i suruh merehatkan diri, setalh ditanya mengenai bahawa dia mempunyai asthma or s.o.b naseb tidak kerana kejadian tesebut boleh membuat nya pitam dan jatuh terus , rakannya memberitahu bahawa dia menapat panic attack and nasib la ko terkulai di tepi makcik jual air, setelah berpusu-pusu memberi pertolongan hampir 10-15 mins datang pasukan rela, saya memang rasa tersangat lega apabila dia dapat  pertolongan dari pasukan rela yang lambat tetapi dia masih lagi bernyawa.
dan semasa hendak ke kereta , di dalam kereta polis dilihat seorang wanita yang juga mengalami perkara yang sama di mana dia dikipas dan dalam keadaan yang tidak sedar ternganga, dalam keadaan kereta tersebut tidak boleh bergerak kerana kesesakan lalu lintas, sehingga polis memakai pembesar suara dan juga siren tetapi orang ramai tidak juga memberi kerjasama sehingga ada di antara orang ramai itu menjerit sekuat-kuatnya disuruh beri laluan kecemasan..kejadian ini sangat menghibakan,

Perlawanan anatara 2 negara yang sengit , pasukan penyorak yang sangat hebat tetapi pihak berkuasa dan pertolongan kecemasan hendaklah lebih teliti akan kejadian-kejadian selepas perlawanan supaya tiada nyawa yang melayang dan di minta orang ramai juga sentiasalah memberi kerjasama kepada mereka yang memerlukan pertolongan anada keran kita tidak tahu bila suatu hari benda yang sama mungkin terjadi kepada kita ataupun kaum keluarga kita. jangan terlalu mememntingkan diri sendiri dan dinasihati supaya apabila ingin menonton perlawanan ataupun pergi ke event di mana akan diannggar ramai orang kan mengadirinya, cuba elakkan membawa anak kecil/ bayi ke tempat sebegini. ini kerana saya diberitahu oleh rakan saya bahawa ada seorang ini membawa anak kecil /bayi lingkunagn 3-4 bulan dan anak kecil itu menangis tanpa henti sehingga muka merah padam, ini sangat merbahaya, tolonglah jangan ambil risiko sebegitu, anak kecil ini mungkin boleh mengalami sawan ataupun nyawanya terancam, dan bagi mereka yang mungkin mengalami masalah pernafasan, sakit jantung dan seangakatan dengannnya tidak digalakkan sama sekali untuk menghadirkan diri.

sekian dari saya
-PkaYusof-

Comments

Popular Posts