Super Sotong Woman

Super Sotong Woman, 
bukan bermaksud wanita yang telah sedia lembut lemah gemalai itu diibaratkan semakin lembik..uhhh tidak..

Maksud nya wanita yang dalam satu masa , dengan adanya dua tangan tetapi seolah mempunyai tangan seperti tangan sotong  yang banyak.

Dalam satu masa boleh melakukan pelbagai kerja  "multi-task" katanya..
itu lah hakikat nya hidup pada zaman yang hampir semua benda/kerja kena buat x-tra untuk duit/ harta/ sesuap nasi/ barangan segala nya.
Tak cukup dengan tangan yang dikatakan boleh melakukan itu ini, kepala otak pun kena kerat-kerat bagi partition to each of the task at one time.

Pengsan tak rasa??

Nak tak nak, walaupun telah prioritize - kan apa yang sepatutnya di dahulukan, but dalam satu masa akan terasa tekanan apabila rasa semua penting dalam masa senrentak.

Itu tak ditambah  dengan nak jaga hati segala spesis manusia yang mempunyai hormon urat selirat 1001 jenis ragam.

Just imagine..
Menjadi Super Sotong Woman dimana satu malam, tidurnya pukul 3 pagi, ditambah pukul 5.30 pagi bangun sediakan sarapan, subuh, siapkan anak-anak bulus/megemas apa yang patut dan kemudian bergerak ke destinasi untuk mulakan hari baru yang telah disiap plan baik punya....
sekali dapat sms " minta tolong ada hal penting ni.." yang arahnya berlainan dengan destinasi sepatut-nya pergi..

Spoil tak? 

Tapi jaga hati, pikir balik nanti kita susah siapa pulak yang akan tolong kita...jadi akur aja lah..ke destinasi menolong, 
sudah menolong....baru aja nak rehat, ada call dari family pulak, tolong urus itu ini urgent..hari ini juga kena siap..
baik lah nama nyer pun family..akur aja..

Sesudah tu baru teringat makanan tuk anak-anak bulus di rumah abes..drive dari arah selatan  utara semata kena juga pergi kedai tu, cuz special member price dapat pek makanan sebulan..
harga barang semakin buat poket kempis, gaji tak seberapa, volunteer memang banyak 'f.o.c' makin tipis tengok purse yang pudar wane ade tompok-tompok debu + sos kicap lagi.

Al-maklum itu lah namanya manusia kini..

Selesai semua perkara pukul 6.30 petang, masa yang banyak di habiskan di jalanraya memandu kesana kemari. 

Fikiran melayang, nak masak ape makan malam ni? Nak instant beli dari kedai-kedai makan ja..

Selesai pulang rumah, tengok mak ayah, kesian orang tua  berdua tu ,dulu masa muda-muda anak-anak kecil ada masa bergurau senda di rumah dari siang ke malam hari, tapi setelah anak-anak mula mencari haluan masing-masing, mereka yang pencen itu menghabiskan sisa-sisa di rumah sambil menunggu kepulangan anak-anak, dengan harapan dapat bergurau senda , mengadu itu dan ini...

Malang-nya , anak-anak yang pulang dalam keadan letih denga rutin harian hanya dapat menghela  nafas, mandi tukar pakaian, menghadap dinner lalu terus ke bilik untuk hari esok nya.

Terkilan tak rasa kalau kita di tempat orang tua itu?

Jadi tuk menyenangkan hati semua pihak terutama keluarga dan paling tinggi hierakinya ibu bapa, walau letih sekali kita sebagai anak, memang tak dapat dinafikan memang tekadang bersuara marah kasar..
tapi tetap lakukan tuk mereka kerana jika kudrat mereka mampu melakukan-nya , tidak dimintanya pertolongan dari kita tuk menolong mereka.

Memang terkadang rasa dipergunakan , kenapa masih ada mereka yang lain, tetapi kena diri kita disuruh itu ini. 

Itu adalah kerana,
Kita yang mereka selesa,
Kita yang mereka tahu boleh harap,
Kita yang mereka selalu rindukan,
Kita yang mereka sayang,
Kita yang mereka ingat pertama sekali bila mengalami masalah, kerana kita sentiasa berada di minda mereka.



Positifkan diri kerana , Super Sotong Woman memang boleh melakukan semua perkara. 
Hanya kesabaran dan doa kepada-nya dapat menguatkan lagi semangat.
Pengurusan masa wajib! 
Keutamaan terhadap sesuatu perkara itu pun wajib!..

-W.N.A.Y-
P/s: music on-play : Liz Lawrence (When I Was Younger)


Comments

Popular Posts