Tunduk ke Bumi :)
Tak pernah berfikir bahawa ia mudah
Kerana semakin hari semakin menjauh
Tembok yang dibina menghampiri kita
Sehingga kita sendiri memikirkan persoalan mengapa?
Ini kerana tiada seorang pun di dunia mempunyai jawapan yang sahih
Mengelongsori diri di laluan gelap
Sehingga dapat menatap suatu cahaya gemilang
Tangisan luluh dari hati nurani
Berperang dengan kejahilan
Tangis selagi datangnya tangisan itu
Sehingga dapat mempelajari sesuatu dalam hidup ini
Terpulang pada diri engkau juga diriku
Berjumpa kita di laluan tengah mengharungi pembawaan diri masing-masing
Tanpa bermuka donggak ke langit ku tunduk ke bumi
Membawa haluan sendirian sehingga menjadikan diri seorang yang berjaya!
HELA SEGALA KEKUSUTAN
HIRUP NAFAS BARU
TIDAK KUKIRA BERMULA DARI NILAI SIFAR :)
-Pka Yusof-
Comments
Post a Comment